Tuesday, October 13, 2015

homestay with korean family :)

assalamualaikum .
it has been a while and all praise to Him ,
cause I'm still here to share my thoughts and experiences with my readers , ( uhukks . )
.

TOPIK exam on Sunday ,
( some kind of TOEFL but it is actually a test of proficiency in Korean language )
and
mid term for next week and also next next week ,
but before I forgot about what should I type here ,
because of all the examination diseases that students were always be infected ,  ,
let me spend my time for a little bit ( =__=" )

last week , to be approximately , on Friday 9/10/2015 .
( kind of awkward blogging in English . urgh ,, need to improve my English before continue using English in this blog . so lemme use my malay bunga bunga language . pffft . =___=" )

so as all of you know ,
I'm currently studying in ONO ( refer to last post )
so , selama setahun study kat sini , before belajar 4 tahun in degree . T_T . it's not all about studying korean korean korean korean and KOREANNNN . pfft . boleh muntah gamaknya kalau begitu . lol .
seperti sekolah-sekolah biasa ,
sentiasa ada aktiviti - aktiviti seperti melancong , memasak dan etc . hahaah lebih kurang sebulan sekali rasanya . emmm ,,

and for this month , for our Malaysian programme ,
kiteorang ada aktiviti homestay . homestay ?
yeah HOMESTAY !! which means tinggal sehari semalam kat rumah kawan korea yang baru kenal , wuishh sounds really exciting , right ? haaaa absolutely !!
.
each of us akan diberi satu nama and contact info of our new korean friend and kitorang kena contact dia dan inform bahwa we are their homestay chingu ! (chingu=friend ) hahaa cute kan ? lol.
then kena sama- sama decide di mana nak jumpa n etc . bolehlaa borak sikit -sikit . huhuuu .
in KOREAN specifically . ! alaa setakat ber KAKAO TALK n mesej bolehlaa guna korean grammmar yang level level tinggi sikit ( poyo sikit ) .  sebab boleh buat tenung ayat yang dah direka tu 360 kali 360 darjah mencari kesalahan ayat dan buat correction ayat . dak dak korea tu semua memang 89% akan terkejutlaa sebab pehh power jugak dak dak malaysia ni cakap korea . pehh huhu .
namun itu semua hanya khayalan .
bila jumpa depan-depan , ....
dengan nervous dengan gagap , dengan lupa maksud ayat ,, dengan takde idea nak cakap , dengan still awkwardnyaaa memang budak tadika pun pandang slackkk je T___________T .
lol ,



malam before pertemuan pertama . ( ecehh =___=")

maka aku pon ber KAKAO lah dengan kawan untuk confirm kan balik segala rancangan
( atau lebih tepat adik sebab beza 3/4 tahun )
mula-mula ingat taknak cakap banyak tapi tetibe aku ter request macam macam kat dia
( sampai sendiri menyesal . lol . mengada sangat nak pakai hanbok . huwahuwahuwaa)

esoknya , after zuhur ,
aku bertolak pergi tempat pertemuan , ses arr nervous macam nak jumpa bakal mak mertua =___="
pagi tu masak breakfast sampai ke tengahari tetap tak mampu nak habiskan ,
masuk fridge je terus . hahaa overr

disebabkan aku salah pergi bus stand
menyesal gile pergi bus stand tu =__=" . aku pun taktahu nape kaki aku melangkah kesana hanya untuk ( bus lambat datang dan situasi memalukan telah berlaku )

then mesej dia terus kata maybe lambat dalam 10 minit ( acah -acah orang korea kena tepati masa ;)
tapi bila dia reply dia pon maybe lambat sikit sebab jalan jam ........ emmmmm lega fuhhh / lol

 bila dah sampai tunggu dia tepi tanggaaa dupdappduppdappduppdapp dengan orang lalu lalang kat tangga pandang aku macam aku manusia paling cantik ada kat korea ( pfft )
bila dia muncul dia macamm

ehhhhhh.......

ok . tu je , hahahhahaaa

------------------------- end of intro -----------------------



#scene 1

plan nak sewa hanbok ( baju tradisional korean ) kat satu kedai ni untuk sesaja buat photoshoot sambil bersiar-siar . bajet enn haha
( 13000 won = RM36 = 4jam )
then tetibe nampak ramai budak perempuan tengah duduk lepak beratur depan kedai tu n bila ditanya dah 4 jam diorang tunggu =______="
maka kami pun pergi ke destinasi seterusnya dengan hati yang jeles tengok orang keliling tu semua pakai hanbok lawa lawa . pffft .


=  jimat duit . takpeee


 
jalan-jalan sekitar gyeongbokgung palace sambil buat sharing session lah sangat :D


#scene2

after keluar dari palace tu , sambil cari station tak jumpa , maka berjalan dan terus berjalan kaki mencari kedai makan
( dalam hati lama lagi ke jalan,, dah nak masuk maghrib belum solat asar lagi )
cuak tu agak cuak ahh sebab kat sini kalau nak solat kena prepare banyak benda sikit : pergi toilet , amik wudhuk dengan tak terlalu membasahkan lantai tandas , solat kat port yang sesuai .
denngan keyakinan yang mendalam ,..
akhirnya alhamdulillah ,
serious aku tak sangka boleh jumpa tempat yang agak selesa camtu . kiteorang jumpa kedai makan pasta 2 tingkat and berhenti kat situ .
setelah tengok toilet kedai tu yang ada 1 toilet dalam 1 toilet ( mohon faham hahaa ) bukannya 2/3 pintu toilet ... and nampak ada ruang yang takde orang lalu lalang yang agak bersih untuk solat , aku pon menarik nafas lega .
lepas order makanan , aku makan cepat -cepat n suruh dia tunggu sambil makan pelan-pelan untuk aku solat , hmmm

= bila niat kita ada , perjalanan itu insyaaALLAH akan Dia permudahkan ;)



 

#scene3

masa tunggu toilet , aku rasa macam orang orang sebelum aku lama lah jugak guna toilet ,
tapi bila aku baru masuk toilet , tetiba ada orang ketuk dari luar . dia tanya lama lagi ke ? jawablah lama sebab belum sempat amik wudhuk lagi . then tak lama lepastu dia ketuk lagi time tu baru nak bukak paip ... pastu dia terus tanya tanya dengan cuaknya

" awak buat apa dalam toilet tu ? kenapa lama sangat ni ? saya peliklah .. baik cakap betul-betul awak buat apa ??? "

serious cuak sangat time tu . tetibe baru teringat yang dekat luar toilet tu ada notice jangan merokok dalam toilet . aku pon dah cuak entah - entah dia suspek aku merokok . ingat nak keluar je dulu dari toilet pastu masuk balik , tapi asar dalam 25 minit lagi je tinggaal so nanti terlepas memang tak boleh ah .. so aku gigihkan je diri buang rasa takut semua and pasrah je selesaikan apa yang aku perlu buat . nasib baik orang yang ketuk ketuk tu dah takde . fuhhh

= kalau kau rasa kau buat benda baik , walau macamanapun kau tetap berada pada jalan yang benar ;)


#scene 4

after dah selesai solat asar , lega .. alhamdulillah . tinggal 15 minit lagi nak maghrib so aku tunggu je kat situ untuk 5 minit . tapi takut kawan aku nanti lama sangat tunggu , aku pon pergi kat dia n bagitau suruh diai tunggu 10 minit jap untuk solat maghrib before gerak balik rumah dia yang lebih kurang 2 jam dari tempat tu . fuhh hahaa.

Y - Muslim kena solat 5 kali dalam sehari dalam masa masa yang tertentu
 ( sambil tunjuk apps waktu solat ) . so tadi sebenarnya saya solat asar and 10 minit lagi nak solat maghrib
Z- ohh . saya ingatkan kena solat tepat tepat pada waktu tu jugak ( cth : pukul 1 tengahari )
Y- oh takdelah . ada lingkungan waktu , tapi lebih awal lebih bagus sebenarnya.
Z- ohh nape awak tak cakap tadi ? sebab kat tempat tadi pon ada toilet boleh amik wudhuk and solat kat sana

:')


#scene 5

masa tengah makan malam pulak , tetibe pakcik yang duduk sebelah meja aku tegur dalam bahasa melayu . walaupun dah biasa jee orang korea tegur dalam bahsa melayu ( dalm 5 orang dah jumpa )
hahaa pakcik tu kata dia dah 15 tahun kerja kat sarawak ... dan baru 2 minggu balik korea semulaa
hahaaa aku dalam terkejut tapi happy sebab aku translate kat apa yang orang korea tu tanya dalam bahasa melayu kepada kawan korea aku tu dalam bahsa korea . hahaaa
nak nangis rindu Malaysiaaa T_____________T

pastu pakcik tu pon cakap dengan kawan pakcik tu dalam bahsa korea ...
sambil makan aku terdengar diorang cakap pasal Malaysia . dan .....

kalau kat Malaysia , kerja tak cukup sejam pon boleh dapat gaji full rm 20
 ( bukan dalam nada bahagia )

=_=" sentap .

---------------------------------

after 2 jam perjalanan , tibalah kat rumah dia . wuissh  besar kot walaupun hanya apartment tapi apartment mewah . luls . malam tu .. borak borak dengan parents dia suma , gembira lah jugak , macam macam aku dah cite pasal Malaysia and Islam . jawab semua pertanyaan diorang . ;) sebab aku tak tahu nak tanya apaaa kat diorang so jawab jelaaa apa yang ditanyaaa huhuuuu

ayah dia n mak dia serious macam mummy n ayah T___T
adik dia lelaki dua orang . comel jee huwaa
then atuk n nenek dia pon ada .




punyalah hardship nak explain satu satu pasal makanan , tempat melancong , halal , ramadhan , quran apps , hijab , baju kurung and etc ....
hahaa bila taktau macamana nak explain aku akan pandang kawan korea aku tu mngharap dia tahu bahasa melayu dan boleh translate kat parents dia / lol T______T
bila dah fed up gile aku memang terkeluar cakap " alaaa apebende tu " hahaaa
maka diorang pon pandang aku dengan harapan aku berjaya cari perkataan tersembunyi tu . huhuuu

setiap kali aku cakap , mak dia akan buat nota ringkas dalam buku n ayah dia pulak akan google sarch gambar n etc . loll


paling lawak bila diorang kata muka aku macam anak sedara diorang ,
then tunjuk gambar dan aku pon tanya apa yang samnya ??
sebab pipi dan hidung T_______T


pastu mak dia tanya awak duduk asrama ke kat snu ?
taklahh duduk rumah 20 minit jalan kaki ke snu.
ayah dia kata oh kat sillim ke ? tempat yang orang rajin belajar tinggal situ kan ?
haah . hehehehe ( kecuali aku )
mak dia kata : pffft . dia nak kata dia salah satu daripadanya lah tu =__="
taklaaaaa saya tak kata pon . saya duduk kawasan tu sebab murah je bukan sebab rajin belajar :p

lolllll


#scene 6-0.5

hahaa addition version . lol .

masa cakap pasal daging halal tu , mak dia pon tanya laa ayah dia kenapa apa beza daging hallal n tak ?
ayah dia pon explain dan aku pon angguk lahh . hahaaa asal faham sikit-sikit apa dia cakap n betul , angguk lah .
then mak dia tanya kenapa lagi sedap ke daging halal tu ?
aku tergamam sambil buat muka blur sebab taktau nak jawab apa .
dalam kepala aku hanya fikir bahawa tak boleh laa jugak nak jawab lagiu sedap sebab kalau dia makan daging halal karang and unluckily daging tu chef tu masak tak sedap ke... nanti mesti dia pandang buruk .

tapi .....
nasib baik ayah dia penyelamat situasi . hahahahahha
ayah dia kata " apelah awak ni tanya soalan macam tu . dia bukannya pernah makan daging tak halal macamana nak tahu lagi sedap ke tak . kenalaa makan dua dua baru boleh compare .

aku dengan tak terfikir jawapan macamtu ketawa dan tersengih sendiri hahahaa mak dia pon gelak je dengan soalan dia sendiri hahahhaha lol .


#scene 6

awak selalu tidur n bangun pukul berapa  ? kiteorang kalau weekend selalu bangun pukul 8 pagi
emmm.  pukul 6 pagi
ohh pukul 6 pagi untuk solat eih ? oh takpelah kalau camtu , sebab atuk n nenek pon bangun pukul 4 pagi untuk solat n baca kitab

ok malu =___=" . diorang pon berqiam .


#scene 7

masa nak makan ,,

adik .. baca doa dulu before makan
 ( hana-nim ......... )

aku tergamam :0


#scene 8

awak , awak tengok ni diaa pegang anjing . awak takut anjing eh ?
( tergamam tengok pemegang anjing tu adalah saudara seagama sendiri ) er... haa'ah angguk tanpa kata apa- apa. nak explain kenapa tak boleh sebenarnyaa tapi disebabkan dia tahu orang dalam gambar tu sama agama dengan aku , aku tak berani nak kata apa-apa T___________T tiime ni barulah tahu iman kuat tahap mana . :(
cuma sangka baik jelah anjing tu kering .

= :0



esok paginya ,
pukul 8 pag dah siap semua , maka diorang pon bangunlah ,..
mak dia masak and aku pon dengan baik hatinya menawarkan dirilah untuk tolong .. haaa maka mak dia pon memuji ecehhh

" awak mesti kat rumah rajin tolong mak " =__________="


belajar masak kimchi bokkembab , belajar jenis jenis perencah dan jenis-jenis ikan paling popular and etc . padahal aku ni kalau bab masak awal-awal je berminat bila dah banyak sangat dia cite pasal masak terus dah tak masuk kepala hahaa. tengah tunggu ikan tu masak , aku pon melarikan diri baca buku cerita kat ruang tamu dan terus tak pi dapur . pfffft hahaa. tak teruk pon sebab dapur ngan tempat baca buku tu nampak jeee takde pintu ponn :pppp

masa makan mak n nenek dia pon cakap rasalah kimchi bokkembab ni sedapp , aku yang buat . haahaaaa rasa nak tergelak sebab apa jelaa aku buat selain masukkan kimchi dalam periuk  =__=".
lepas makan tu ....
tetibe ehhhh diorang keluarkan hanbok
nak buat sesi photographic katanya bagi melunaskan hajat aku ,,, hahaaaa
terharu T____________T


 



hanbok ada banyak warna .
but i choose to wear hanbok yang memang warna dia khas untuk kahwin . pffft hahaa




after that main playground sesama dengan adik adik lelaki kecik tu ,
then lepas makan tengahari satu family , maka pulanglah aku ke rumah seorang diri dan berakhirlah kisah pahit manis homestay aku . hahaaa



kawan -kawan lain semua dapat hadiah macam macam dan menarik .
aku dapat sekaki payung plastik yang ada kat rumah diorang sebab time tu macam nak hujan .
sedih pon ada sebab tak dapat hadiah ( tulaa excited sangat sebab hadiah sebab sunbae kata diorang dapat hadiah best best lol ) tapi tetap boleh tersenyum sebab baru aku sedar selama ni hidup kat korea pon ,, tapi sebab ada kawan kawan malaysia di sisi sentiasa , tetap masih tak rasa tercabar . :')
tahun depan , terpisah uni macamana lah nak hiddup untuk 4 tahun lagi ?
senyum je lah hahaa :)

                                       
                                        












ok .
sekian .