Sunday, June 3, 2012

sabah trip (1)

assalamualaikum and good night guys . 

        di kala semua sedang lena diulit mimpi , seorang gadis terlebih rajin sedang menghadap skrin laptop . hihhii . its just 1 AM . tengah tunggu bateri habis ni baru nak tidur . alaa . lek ah . sekejap lagi mati le laptop ni akibat kehabisan tenaga . peaceeeee ^__^ . muka ni nak stay UP ALL NIGHT ? hey ! UP ALL NIGHT takkan terjadi tanpa 1D . kalau zayniall depan mata, barulah " i wanna stay up all night " . =___=" okay fine . whatever . 

          so , setelah seminggu menghilang . WHAT ? seminggu je ke ? oh noo ! actually dah TIGA BULAN jejak aku hilang . kan ? ye , saya tahu semua orang risau . sebab selalunya seminggu tak update tak sah . hee ~ itu buat pengubat stress ~ bukan sebab sesaja takde kerja nak membazir masa . dan harap maklum ye , selama dua bulan aku sekolah kat uda untuk tahun ini , sememangnya tak lebih 36 jam kott aku hadap tv . #FACT . aku hanya tengok running man SATU JAM setiap hari persekolahan . dan bila cuti seminggu pon separuh masa aku study ( bergantung pada kadar homework ) dan separuh lagi baru tengok movie n running man . info tambahan ( yeayy ! just tinggal 5ep . running man je belum tengok . hehheh ) so , saya rasa hidup saya di rumah is way better than at BORED-ing school . kbye . tak menahan nak tulis cite sedih sebegini . T_________________T 

olay . berbalik kepada cerita seminggu baru ini yang aku menghilang tanpa jejak . hehheh ~ berpandukan tajuk di atas , saya sekeluarga yang sebenarnya subset kepada se-keluarga ( ayat budak blur mod math ) telah merantau ke negara negeri orang . kat K iatu korea . oh maaf , itu bakal . hihhi amin ! dekat kota kinabalu , kundasang dan tempat yang sewaktu dengan gunung tertinggi di malaysia dan kelima tertinggi di asia tenggara = MT . KINABALU !

baiklah , bak kata pepatah lama , " a picture creates a thousand words" dan pepatah baru "setiap gambar ada lagunya " , so saya terpaksa menghentikan segala ayat cerekerama saya dahulu dan marilah kita segera menyelesaikan entry ini supaya saya dapat tidur cepat-cepat sebelum bateri habis . =___="
"jom kita tengok apa yang ada di sabah ! " ( nada maya karin :p )


psst , sila jangan pelik kenapa ada 6 orang je bukannya 9 orang . sebab nanti ada orang sedih . 
so , buat donno je.

SENAI AIRPORT

betapa rajinnya gadis itu membaca :p 
( zawa , saya rasa saya sangat ___ setiap kali membaca . hahaaa )
err .. tapi one thingnya ialah saya malu nak cakap title buku tu apa . hii =__=" 
ain maisarah ! sebab saya tau dia pandai menulis lah saya beli jugak . 


KOTA KINABALU

- rumah terbalik -
coooooooooooooool kan ? 
tapi tak masuk dalam sebab ramai orang and orang yang dapat masuk adalah limit . so , kalau tunggu kena tunggu next 2 hours macamtu . hey ! we're not statue . 
but kalau korang pergi petang or malam maybe tak ramai . 

lebih tampak cooooooooooool apabila wujud 
makhluk coooooooooooooool disitu.

THE INCREDIBLES . i am violet ! hihhii ~


otw to kundasang.




MT.KINABALU 
KUNDASANG
kat kaki gunung kinabalu . yeah ! semangat dah nak panjat gunung . hiyark !
alhamdulillah , berjaya jugak panjat sampai ke puncak :p jealous tak ?
cumaaaaaa lupa nak amik gambar kat puncak =__="
tinggi dia 4 km lebih , tapi perjalanan dia adalah 8km lebih , larian uda 5km= 1 jam ( for me )
tapi ini gunung bukan jalan seperti kat uda tu.
so ???

i love this pic . gangster ann ? coooooooooooooooooooooool :p


muka gu jun poyo menjelmaaa . err =__="



RAFFLESIA
perjalanan 3 minit meredah hutan tak hutan sangatlaa untuk tengok bunga rafflesia

nampak tak anjing kat rumah tu ? menakutkan . ini adalah cerita 
MARI AND THE THREE PUPPIES : 10 years after . hahaa .
 aya yang dulunya comel semakin comel 10 tahun selepasnya dan namanya telah ditambah y didepan . hahhaa :p

yeah , finally reach here ! 
RAFFLESIA ! korang ada ? hahaaa .


kesukaran menuju ke rafflesia . 


PORING HOTSPRING



bila nampak benda ni , teringat kungfu macchiato pulak . 
owodog kan ada tempat macamni ( ditujukan khas untuk sab dan riri yang faham )

kononnn cute


CELYN RESORT
pemandangan waktu subuh dari hotel . lawa sangattttttt

fyi , kat sini suhu dia 15-32 degree dan tinggi dia lebih kurang separuh daripada mt. kinabalu .
DAEBAKK ! tak perlu bukak kipas kat hotel . aircond lagilaa takde terus . 

inilah dia gunung kinabalu kitaaa . 
atas dia batu-batu , itulah beza dia dari gunung-gunung lain . bila tengok betapa tingginya gunung ni , tetiba teringat balik target aku nak jadi twin tower kepada moo-young . sabar ye moo , sekejap je lagi chii jadi twin tower moo , okay ? 



negeri di bawah bayuuuuuuuuuuuuuuuuu ~
nampak tak ada awan nano kat situ . lawa sangattttttttttttttttttt 

percaya tak kite sebenarnya pergi sabah ? oh . kite tak percaya langsung . kite rasa kita macam kat new zealand je . hahaa . overrrrr , tapi , seriously kalau korang kat tempat kite pon korang tak boleh terima kenyataan yang korang tu kat sabah je . haha .

sejak bila aku pandai heret selimut  ? sejak seohyun ajar . hahaa . seohyun dapat masuk wgm dengan yonghwa . after this mesti diorang panggil aku masuk wgm dengan jonghyun pulak. OMO ! takpe , tabahlah jangan jealous . leeteuk n kang sora = dimples cp . so , kiteorang punya EYE BAG CP or nak glamour lagi PANDA CP terus . awww comel gleee . =____="




<33333
dah dapat mood new zealand belum ? keke ~


AWAN NANO !!!!!!!!!!!



AWAN NANO lebih jelas ! nampak tak ? comel gleee awan nano tu . 
rasa nak buat katil je. dan pada masa yang sama teringat ji suk jin running man ep . 92  hahaaa. 



self-timer atas  tong sampah :p

fyi , banyak hotel kat sekeliling mt . kinabalu . semuanya mengelilingi dia .
 so , rasanya korang tinggal mana pon boleh je nampak mt . kinabalu kott


comellllll sangat kaki dia ada furr tu . taktau binatang apa ni . 


SABAH TEA


arggh . SMART !

kyaaa <3 budak COOOOOOOOOL !


tapi cameron highland lagi best kott tempat teh dia . kat sini macam lopong .
lagi satu tak ramai orang jadi macam tak meriah :'(



kawaii ne ?



FISH MASSAGE


amri ilekkk je . tak geli pon . cooooooooool =)

ini bukan terlebih excited . terlebih geli + sakit  .


hana mula-mula jerit penuh kegelian tapilast-last dia yang tak keluar-keluar .
gimikkkk lebih =__="

tayar pulakkkkkk pancitttttt . tapi aku ilek je duduk dalam van sambil gelak-gelak tengok 2pm show guna mp4  . hahaaaaa . jalhanda XD


DAIRY FARM

tengok proses perah susu


farm dia sangat besar dan luas dan rumput dia sangat cantik sebenarnya . seriously rasa macam kat new zealand . tapi tak sempat amik gambar masa datang sebab takut terlepas tengok lembu perah susu . bila balik pulak hujan . T___T 





at hotel again

WOWW ! kemasnyaaaa . haha , gambar yang jarang sekali dijumpai . hahaa


okay . enough for part 1 . part 2 akan menyusul tiba . k ta-ta .

No comments:

Post a Comment