Friday, September 22, 2017

kodae-to-be

assalamualaikum,

setelah sekian lama tak update blog * ayat cliche setiap kali tulis post ㅋㅋㅋㅋ *
suddenly harini out of the blue rasa nak menulis japp , I just feels like wanting to tell stories . but no one to/
lonely sangat nadanya haha .


this year , this sem pejam celik pejam celik rupanya sudah berlalu separuh hayatku di bumi sonata bumi kimchi bumi buldalkramyeon dan segala bumi yang sewaktu dengannya . how should I express this feeling eh ? I think no words can beat Alhamdulillah for these 2 and a half years living as a khalifah yang bermastautin sebentar di bumi yang majoritinya bukanlah muslim . pandang kanan pandang kiri bukan sahaja susah nak nampak orang yang pakai hijab , malah ratio segala makanan , perkakas dan etc yang mengandungi unsur khinzir lebih beribu kali ganda berbanding bilangan umat Islam disini  . eh ke disana ? haha . di sini . lol .


memanglah tak boleh nak bezakan benda yang halal dan haram sebab perbezaannya memang dah sah sah jelas dari segi zahir dan batin so jangan bash . sebab aku hanya nak tunjuk betapa banyaknya bilangan non-muslim berbanding muslim jaa
 . haaa k giteww .


this post isn't supposed to be this long but yeah intro pon dah sejengkal . heheww rindu lah kot nak berbicara benda mengarut :`)


so back to the matter ,  (  sorry english sis english rojak kekadang direct translate dan selalunya grammatical error kalau typo pulak tu tengah nak diet lah kott . kott lah . selang seminggu diet. heks )

k masih tak berhenti mengarut lagi . hahahaa ( feels like inserting emoji but I dont have any TT )
u know what's interesting ? kat korea ni pon setiap uni ramai je budak Malaysia , so tak perlu risau sangatlah kalau tak cukup duit nak beli buku , sebab biasanya akan dapat buku turun temurun dari senior . so there;s one day , sambil selak helaian kertas , ternampak lah satu conversation yang ditulis senior yang tak dapat dikenal pasti entah dari era mana entah juga dari planet mana , kalau aku kenal siapa senior tu memang nahas lah dia . 

A : kau suka perempuan yang macammana ?
B : yang penting , aku tak sukalah perempuan yang suka mengarut .


and I was like ... hello atleast perempuan mengarut is better than lelaki yang suka mencarut . padahal dalam hati ouccch sebenarnya sebab awal awal dah kena reject dengan strangers . yeah , #sadlife :{


tapi mengarut ni pon ada banyak parts , aku takdelah cakap benda tak berfaedah pon ,, tapi maybe aku selalu bercakap yang no point of talking lah weh baik kau diam . ahaha . 

k let me end this ,
--------------------------------------------------------------

aku kat sini total 5 tahun belajar , 

1st year is my language year ,
diploma for 2 years , degree for 2 years .

so it's my sophomores year in diploma . and disebabkan spring intake adalah pada bulan 3 next year , so dah kena apply dah sekarang uni yang nak kita transfer . guess what ? due date adalah 2 weeks more ( after tolak 7 hari cuti chuseok ) but kitorang baru tersedar yang dah kena apply just a week ago . lol hahahaha .

sebelum gerak ke KODAE , I got this cute and sweet karipap cinta from fili . kenapa comel sangat korang ni ya ALLAH I just can't . so sweet of them , :')


 tulisan di plastik itu membenarkan aku :
Happiness consists more in small conveniences of pleasures that occur every day .
 it's the essence of life 



 insyaaALLAH . bakal sekolah aku .
 semoga aku dapat belajar banyak erti di tapak ini . sememangnya ilmu itu bukan sekadar semata-mata untuk memiliki ilmu . penat kau berjalan dari satu ke satu bangunan kerana ilmu , penat kau hantar dokumen lepastu kena balik semula dan lengkapkan dokumen yang tak perlu ada tapi diada-adakan , haha . andai kau lalui itu semua hanya semata mata kerana ilmu dan hanya semata mata untuk masa depan , mungkin kau akan penat . menunduk ke bumi , entah ada yang bisa menarik tanganmu semula entah siapapun hadir hanya untuk mengendahkan kau . kau bakal lemah , kau juga bisa mengorak langkah henti . 

tapi..
ilmu itu milik ALLAH . pinjamannya kepada kita  untuk kita pulangkan semula pada jalan yang benar . acap kali kau ingin menanam benih yang dipinjam , niatkan untuk kau pulang semula buahnya . insyaaALLAH segalanya akan ALLAH permudahkan . andai disepanjang perjalanan itu kau bakal diuji , percayalah naik turun jatuh bangun , andai benih kau kukuh dari awal , Dia akan berikan nikmat hasil yang sekuat perjuangan benih diawal pembajaan tadi . walau setahun walau seribu tahun namun masih tetap akan ada .

mungkin juga takkan terlihat dek matamu tak dapat dirasa dek tanganmu , namun pohon itu jua bernafas , kau juga bernafas . fikirkanlah . kata study science , #eh hahaa.
 .
--------------------------------------------------------------------


so kitorang setel semua benda and tadi dah beriye nak pergi kodae ( korea university ) untuk hantar form semua . tuptaptuptapp banyak je dokumen sebagai bukti yang perlu dibawa sekali so sad T____T ( basically , dokumen kitorang kasi dah 90% completed tapi sebab dia nak suruh tunjuk bukti ori segala dokument tu , so dalam 75% jelaa dah siap T____T . never mind * baca balik kata kata diatas . hehe


k esok aku edit haha ngantuks

No comments:

Post a Comment