Wednesday, September 27, 2017

pre-grad photoshoot

arakian tersebutlah satu kisah .....


biasanya photoshoot adalah hari dimana makhluk seantero bumi berbahagia gelak ketawa . oh mungkin tidak di bumi . mungkin dimana bumi kau dan kawan kau berpijak sahaja . jika di bumi yang dipijak oleh korean classmates kau pula , mungkin bagi mereka bahagia juga . cuma itulah , kerak bumi aku dan kawan aku mungkin dapat disimpulkan terpisah dengan kerak yang dipijak classmates yang lain . tidaklah berbicara racism atau discrimination kerana langit kami masih tetap sama . oh tidak , sendiri yang ouch .

begitulah ceritanya , duduk amik gambar satu department tapi duduk membeku awkward dekat kerusi sendiri entah takkan nak gelak ketawa dengan orang sebelah yang kau tak kenal langsung TT . musnahnya lahai kenangan zaman kolej aku nih , hahaha

tapi itulah kenangan yang perlu aku ingat buat tahun ini . kahkahkah . macam isu penting sangat jaa sampai masuk blog . lol . * yang penting park sang gu yang minat kat zati tu tadi dia seboleh boleh cari peluang untuk amik gambar sebelah zati hahahahhaha k zati saya akan #doayangbaikbaik *


nama dia nurizzati farzana
 * harap dia google nama dia dan berbangga jumpa diri sendiri kat google lahh satu hari nanti . lol

nak buat appreciation post nanti panjang lebaq pula serious tak habis tapi in one word , 
zatilaa paling banyak tolong aku masa kat sekolah T___T . 
lagi2 kalau kelas pagi kann , selalu lah dia ws tanya dah bangun kaa belum . tulaa duduk sorang takde sapa nak kejut hahahaa . padan muka bila bangun lima minit before kelas . pastu kalau apa apa siapa lagi kan kalau bukan dia . classmates 2 tahun kott . masa classmates yang hensem tu dah ada awek , dan dah tak tegur aku langsung bila dia dah ada awek sekelas , time tulaa zati je yang ada nak support aku . hahhaha acahnyee , time oppa CAD tu pulak dah takde sem ni , lagilah macam taknak survive dah kat dongyang nak grad teruih . lol ...

tapi aku tak pandang depa berdua pon sebenarnya . 
aku pandang cermin jaa tengok diri sendiri . oucch .


dalam uni aku ni , Dongyang Mirae University ok nama dia . 
untuk amik diploma 2 tahun , lepas keluar , kami sambung degree 2 tahun kat uni lain .so basically akan ada 2 batch budak malaysia lah setiap tahun , dalam kalangan kami pula ada 5 course . ( chem, mechi , mechi design , electric , electronic ) . dan dalam course aku (mechanical eng. ) dan batch aku pula , ada 5 orang jaa . panjang lebaq explain , 

mai konklusinya .. nak habaq yang depa ni laa manusia manusianya . haha 

nak compare to course lain , kitorang ni tak rapat sangat pon ngan member2 laki tu sebab kelas aku dengan zati jaa . depa bertiga pulak satu kelas lain . kalau course lain lain tu , diorang memang ramai ramai satu kelas terus 5 orang teruih campuiq dak dak malaysia . tu sebab banyak sikit onak duri luka kehidupan lalui bersama . aku ngan zati kira bersyukuq ah gak , paling2 pon berbadan dua jaa ... lol pelik pula penggunaan bahasa ye . hahahah

but still , kitorang banyak lah jugak bantu membantu dari setiap aspek . acahh je yeyeee jek aku ni . lols . takpalaa kalau depa tak rasa camtu . tapi pada aku , terharu lah ada satu satu daripada diorang ni semua . banyak sangat tolong ceq T___T .


yang paling tak boleh lupa kenangan ni lah  . hahahhahhahaha / celebrate birthday aku time tutor .

*kejadian malam sebelumnya

berlima bincang nak ajak seonbae2 tutor , gi jejalan or makan kat tempat yang luar biasa aka mahal2 sikit selain lotteria , pizza or mom's touch . hahahhaa taiko kott , dah makan tuan dah sekarang . kahkahh
patutnya belajar , ini tidak , mindset yang telah dimomok dan ditanam oleh tutor sendiri , bahawa kelas tutor hanyalah belajar sejam , borak-borak dan lepak mamak versi korea . maka aku pon bagitaulaa orang2 lain tentang aktiviti mingguan kelas tutor budak mechi ni . tak pasal pasal seonbae2 yang ajar tutor kena bash . hahahhaha 

nasib baik depa dah banyak belanja makan so terharu dan terhutang budi jadi aku tegaskan lah balik ayat " tapiiii seblum makan tu kitorang tetap belajar n buat soalan dulu " haaa backup habis sebab taknak elaun makanan hari jumaat aku hilang . luls . don't try this at home . lol

ok berbalik pada cerita , tulah plan asal . pastu tetibe terbit diminda aku , aku cakap kat ivan  

: eh kau ajaklaa diorang celebrate birthday aku esok , beli kek , buatkan suprise , nanti aku acah acah terkejut . hahahhaa ivan pon iyekan je setuju dengan muka excited gak sebab nak makan kek . lol .

keesokan harinya , aku bangun lambat . tidur pukul 3 pagi kott hahahaa . siap lambat untuk ke tutor . diorang semua dah sampai kelas . siap hantar kakao lagi " mana semua ? "  ehhh terkejut pula aku selama ni tak pernah kau datang paling awal . luls ( singgah kedai kek rupanya .. ==). memang takde mase lah nak fikir pasal acah acah terkejut tu semua . kufikirkan kata kata hanya sekadar kata kata . dihembus angin bayu malam . 

tiba tiba ....

( nampak tak muka bahgia pandang kek macam nak tembus lols . )


hahahhahahah . terkejut yang serius terkejut . tapi tak terkejut sangat sebab sedar ada orang dari belakang aku, so aku toleh belakang nampak orang pegang kek . lollllsss 
lawak apa korang buat sehhhhhhh . aku cakap je pon plan semalam tu hahahahhahaha .
serious malu yang tak tertahan sebab celebrate dengan seonbae kot dia macam kau taktau nak buat apa . heollll . pehal dah hampir setahun pon masih emosi ni hahhaha 
( penekanan huruf yang sama terlalu banyak mengekspresikan segalanya )


weh dahlaa . terasa nak tidur pula dah pukul 11. sia sia apa yang aku taip nih . duhh hahaha mana ibrahnya ya ampunnn . harap takde orang baca lah post ni sebab takde ibrah pon . cuma kenangan yang bolehlaa aku tengok tua tua nanti luls .





No comments:

Post a Comment