Saturday, October 7, 2017

useless .


selama ni ,
aku lah yang seklalu beri nasihat kat mereka yang memerlukan ,
bukan kerana aku tahu segalanya ,
bukan kerana aku punya pengalaman ,
bukan kerana kata-kata aku bisa menjadi penguat ,
bukan juga kerana aku suci tanpa debu ujian

kadang kata-kata yang sendiri aku bicarakan bagaikan punya pantulan aku letak di hadapan,
memantul semula pada aku ,
kembali aku yang terkena tempias sentapan .
tak pula mampu aku beri jalan penyelesaian
the most that I can do is to console
walau bicara aku tak bijak ,
iramanya kadang tersilap langkah
dan ertinya kadang tak mampu diintrepretasi manusia

tapi kerana aku tak mahu lihat tangisan ,
aku rasa aku terlampau kuat ,
dan mengharap sahabat juga pasti mampu untuk lebih kuat dari aku .
andai aku mampu paksa diri mengapa tidak engkau ?
lemahnya airmata bukan atas kehendak
namun aliran itu kadang perlu dihadkan situasinya .
itu fikir aku .

mungkin aku terlalu mendesak .
mendesak untuk seuanya menempuhi bahagia .
lari dari kolam airmata .
walhal aku kadang aku sedar dunia aku kau dan dia tak pula bisa serupa .
ujian itu asing bagi yang asing .
tiada peringkat .


selalu aku katakan sabar . aku faham .
walau peritnya tak pernah dapat aku rasa .
selalu aku fikirkan , masih ada harapan dan jalan
namun selalu itu jugalah ,
bila ada yang menimpa diri ini .
aku rasa segalanya tamat .
kata-kata orang hanya harapan palsu
diucapkan untuk aku merasa lebih tenang .
walhal jalan di hadapan itu entah malap entah gelita
masih sendiri keliru .




No comments:

Post a Comment